Isnin, 27 Julai 2009

KURSUS PEMBINAAN PASUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

KBAU3 akan menghantar 5 orang remaja menghadiri kursus yang di anjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kursus akan berlangsung selama 4 hari bermula dari 3hb - 6hb Ogos 2009. Kursus akan di jalankan di APBM Port Dickson, Negeri Sembilan.

Remaja-remaja yang terpilih adalah MOHD ANAS, MOHD FAZRIL, NUR ADILAH, NUR FATIHAH DAN MOHD ASHRUL.

Mereka akan berkumpul di Pejabat Belia & Sukan, Jalan Kg Pandan pada 3hb Ogos dan bertolak ke Port Dickson pada pukul 1.00tengahari.

ASAM PEDAS IKAN KELI



Ajk KBAU3 bergotong royong memasak Asam Pedas Ikan Keli, hasil belaan Ajk sendiri, iaitu En Salleh. Rasanya sungguh sedap, sehingga menjilat jari.

Sabtu, 25 Julai 2009

EKSPLORASI

Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan sedang menawarkan peluang kepada remaja-remaja sekitar AU3 untuk turut serta dalam program mereka. Program Eksplorasi ini adalah kerjasama dengan Pelopor Adventure Team & Majalah Libur.

EKSPLORASI PENEROKAAN 5 GUA & AIR TERJUN JELAWANG
DABONG KELANTAN



Tarikh : 14 - 17 Ogos, 2009 (4 hari)

Bayaran : RM 250.00

Umur : 18 - 25 tahun

Berkumpul: Di Stesen KL Sentral

Remaja yang berminat untuk turut serta sila hubungi talian 012-3398508(Pn Mazura).
............

Sabtu, 18 Julai 2009

Keperihatinan


Komuniti Bestari AU3 sentiasa mencari dan membantu penduduk setempat yang kurang upaya dan memerlukan perhatian dan sumbangan. Oleh itu Puan Rahimah, yang cacat anggota kakinya semenjak kecil, tidak bekerja, serta tinggal seorang diri di Kelompok Kuang A, AU3 adalah 'priority' kepada KBAU3. Sekiranya ada yang ingin menyalurkan sumbangan terus kepada Puan Rahimah boleh menghubungi nya di talian : 013-3972234.

Jumaat, 17 Julai 2009














Ajk KBAU3 juga terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Tidak mengira pangkat, Sarjan Ashok dan Sarjan Verasengam begitu committed membantu dalam setiap aktiviti yang di jalankan.

Isnin, 13 Julai 2009

Komuniti BESTARI Bukit Kecil, Juru Bertandang

SELAMAT DATANG kepada Rombongan Komuniti BESTARI Bukit Kecil, Juru, Pulau Pinang kerana sudi melawat ke Anjung Bestari Au3.






Mereka telah sampai di Anjung pada jam 11.00 pagi 12 Julai 2009 dan disambut dengan Paluan Kompang dari Remaja Bestari Parlimen Setiawangsa dan Bunga Mangar.



Kumpulan Pencak Silat Mawar Sari telah mempersembahkan kehebatan skil pencak silat mereka dan Kumpulan Seni Tari Sekolah Kebangsaan AU Keramat telah menghiburkan Rombongan Ajk Komuniti BESTARI Bukit Kecil, Juru, Pulau Pinang. Penari Kumpulan Seni Tari SKAU Keramat ini terdiri daripada anak-anak ahli-ahli Komuniti BESTARI AU3.





Pengerusi Komuniti BESTARI AU3 En Mohd Bahgia telah memberi taklimat latarbelakang organasisi, pentadbiran, aktiviti keseluruhan Komuniti BESTARI AU3 kepada mereka.







Ajk Komuniti BESTARI Bukit Kecil, Juru, Pulau Pinang berangkat pulang ke Pulau Pinang selepas menikmati hidangan makanan tengahhari yang disediakan oleh Ajk Makanan Komuniti BESTARI AU3.

Senam Seni


Diawal pagi 12 Julai 2009 Ajk Komuniti BESTARI AU3 telah bersenam bersama kumpulan Senam Seni Komuniti BESTARI AU3 mengikut rentak lagu-lagu pelbagai ethnik Malaysia.

Kompilasi lagu dan keograf senam seni dari KEKKWA.




Selepas itu Ajk bersama-sama mengambil bahagian dalam sesi photografi bersama krew RTM.








Ahad, 12 Julai 2009

Petang Hari Pertama bersama krew RTM







Pada sebelah petang 11 Julai 2009 kami membawa pula krew RTM untuk singgah ke dapur En Abdullah Hassan, pengeluar bahulu tradisional.
Siapa berminat untuk membuat tempahan hubungi lah kami.

Pagi hari pertama bersama krew RTM

Semalam 11 Julai 2009 AJK Komuniti BESTARI Au3 telah membawa Krew RTM ke kolam ikan keli En.Salleh.


Kami telah di beri taklimat bagaimana kolam ikan ini di selenggarakan dan teknik 'breeding' anak ikan keli oleh En. Salleh.










Selepas itu kami telah diminta menyertai penduduk Kelompok Teratai bertahlil untuk ibunda En Salleh yang telah pulang kerahmatullah tiga bulan yang lalu di dewan Persatuan Penduduk Kelompok Teratai.














Sebelum makan tengah hari Ajk Komuniti BESTARI AU3 telah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Kebudayan dari ahli komuniti BESTARI Au3






Khamis, 9 Julai 2009

Slot RTM

Pada 11 dan 12 Julai 2009 ini RTM akan merakamkan aktiviti-aktiviti Komuniti BESTARI Au3 menjurus kepada produk pembuatan bahulu dan pemeliharaan ikan keli, program senaman seni pagi bersama penduduk, gotong royong membersihkan kawasan dan penyediaan makan, persembahan Kebudayaan, Seni Silat, kompang dan perlawan fusal persahabatan.
Komuiti BESTARI Bukit Kecil, Pulau Pinang akan singgah melawat Anjung Bestari Au3 pada Ahad 12 Julai 2009 disebelah petang.
Mari kita raikan team RTM dan Komuniti BESTARI Bukit Kecil beramai-ramai.

Isnin, 6 Julai 2009

futsal

jemput beramai-ramai bermain futsal di anjung bestari kami. futsal adalah produk ke-2 kami. kami juga menerima tempahan untuk bermain futsal pada sebelah malam. sila hubungi kami.









Ahad, 5 Julai 2009

Lawatan Sosial Pelatih Jabatan Penerangan

Pada 26 Jun 2009 jam 3.00 petang Anjung BESTARI AU3 menerima kunjungan pegawai pelatih Jabatan Penerangan.
Komuniti BESTARI AU3 telah memberi taklimat tentang organisasi, pentadbiran, aktiviti, pencapaian dan program terkini Komuniti BESTARI AU3 kepada pegawai pelatih.

Di akhir lawatan pegawai pelatih telah sudi bersama-sama ahli jawatan kuasa Komuniti BESTARI AU3 bergambar bersama sebagai kenangan lawatan.

Kejohanan Memanah Asia GrandPrix


Mulai 5 July 2009 hingga 12 July 2009 Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Memanah GrandPrix Asia siri ke 3 di Stadium Memanah Komplek Sukan MSN Taman Keramat, Setiawangsa.
Perserta yang menyertai pertandingan ini ialah perserta terbaik negara Asia terutamanya pemanah dari Korea Selatan , India, China, Taiwan dan Malaysia merupakan pemanah yang menduduki ranking terbaik dunia.

Dua hari pertama pertandingan ialah untuk menentukan kedudukan lawan di pusingan kalah mati nanti. Juara individu dan berpasukan akan ditentukan dalam pusingan ini.

Luangkan masa untuk menonton kejohanan ini ( percuma tiada bayaran dikenakan) terutamanya pada 4 hari terakhir dimana pemanah terbaik akan beraksi untuk menentukan juara peringkat individu dan berpasukan.

Kursus Haji Siri Akhir 1403H di Masjid Muaz Jabal

Pagi Sabtu lepas 4 July 2009 merupakan Kursus Haji siri Akhir di Masjid Muaz Jabal, Setiawangsa untuk tahun Hijrah 1403 (2009). Kursus yang di kendalikan oleh Ustaz Hj Abu Hassan Wahab dari 14 Mac 2009 setiap Sabtu dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi.


(Peserta memakai ihram)


Peserta telah diajar cara-cara mengerjakan ibadat Haji secara teori dan pratikal selama 17 minggu mengikut Modul yang disediakan.

Cara-cara untuk menangani cabaran dan kemungkinan, terutama permasalahaan wanita juga bincangkan. Memudahkan bakal Haji memahami konsep, amalan dan tujuan ibadat ini.


Untuk siri akhir ini peserta di beri latihan praktikal ibadat haji ( cara-cara haji tamattu', ifrad dan qiran) bermula dari rumah - Mekah -Madina -dan kembali semula ke rumah. Marilah kita berdoa untuk semua bakal Haji dapat mencapai Haji Mabrur, Insyallah.

Jumaat, 3 Julai 2009

Sedim Eco Theme Park & Resort, Kulim Kedah

Tiga remaja dari Komuniti BESTARI AU3 telah menyertai Kem Bina Jati Diri di Sedim Eco Theme Park & Resort Kulim Kedah pada 8 hingga 10 Jun 2009.

Pada 17 hingga 19 Julai 2009 ini beberapa remaja dari Komuniti BESTARI AU3 akan dijadualkan menyertai Program Bersama Pewaris Muda 1 Malaysia di Sedim Eco Theme Park & Resort.

Program anjuran Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dikhaskan untuk remaja Komuniti BESTARI Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Konvensyen Sukan untuk Semua

Puan Mazura Rafa'i Ajk Komuniti BESTARI AU3 telah menghadiri Konvensyen Sukan Untuk Semua sempena Bulan Kecergasan Kebangsaan Peringkat Wilayah Persekutuan pada 23 Jun 2009 dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang di Kompleks Belia dan Sukan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

2 kertas kerja telah dibentangkan

i. Sukan untuk semua:Peranan dalam intergarsi kaum dan pembentukan jatidiri bangsa Malaysia oleh Dr. Solha Husin

ii. 1 Malaysia: "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan: Satu perspektif dan analisa kritis dalam aplikasi sukan massa oleh En Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud

Khamis, 2 Julai 2009

Ikan Keli Produk KBAU3

Di kota Metropolitan ini bagaimana En.Salleh Bakir boleh membela ikan keli. Lihatlah gambar-gambar kolam ikan keli beliau.
Lebih 2 tahun En. Salleh telah membela ikan keli tersebut.
Sesiapa yang berminat untuk membeli ikan keli En.Salleh hubungi lah kami.

Komuniti BESTARI AU3 Wakil Kuala Lumpur

Alhamduillah Komuniti BESTARI AU3 telah berjaya mewakili Kuala Lumpur untuk Penilaian Anugerah Komuniti BESTARI peringkat Kebangsaan.

Hasil dari komitment ahli jawatankuasa Komuniti BESTARI AU3 dan penduduk AU3 telah bersama-sama meraikan kehadiran Panel Penilai Anugerah Komuniti Bestari peringkat Kebangsaan.

Semoga berjaya.





Rabu, 1 Julai 2009

Hari Info Bestari 7 Jun 2009

Pada 7 Jun 2009 lalu Kominiti BESTARI AU3 telah menganjurkan program Info Bestari untuk penduduk AU3 dan telah dijayakan bersama oleh Agensi Kerajaan dan Pehak Swasta.

Agensi tersebut ialah Jabatan Kesihatan DBKL, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Belia dan Sukan, BaitulMal Wilayah Persekutuan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PDRM diwakili oleh unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing, Pertubuhan Silat Mawar Sari, Kumpulan Poco-Poco AU3, pengusaha herba dan pengusaha air mineral.