Isnin, 9 November 2009

Penyertaan 1 Malaysia di Anjung Bestari AU3



PENCAK SILAT
PERTUNJUKAN TARIAN NAGA



Seni mempertahan diri "SILAMBAM"

Khamis, 22 Oktober 2009

1Malaysia peringkat WPKL dan Sepakat Bestari


Untuk program 1 Malaysia peringkat WPKL dan Sepakat Bestari Parlimen Setiawangsa/Putrajaya,pada 10 & 11 October 2009 gambar-gambar ada di face book Komuniti Bestari Au Kuala Lumpur



Sila layari face book kami

Jumaat, 2 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya

sekitar jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada 30 September 2003 khas untuk AJK dan Keluarga.









Jumaat, 25 September 2009

Selamat Hari Raya

Sempena Bulan Ramadan ini pada 14 September 2009 Komuniti BESTARI AU3 telah menganjurkan program bersama Anak-Anak Yatim.
Anak-anak Yatim dari Rumah Anak Yatim Kg Sg.Manggis, Banting, Selangor telah di jemput untuk berbuka puasa di Anjung Bestari AU3.



Jemputan telah bersama-sama berbuka puasa di Anjung Bestari dan Solat Maghrib di Surau Al Muhajirin (bersebelahan Anjung Bestari).
Beberapa ahli Komuniti Bestari dan Syarikat Korporat telah menyampaikan sumbangan kepada pihak Pentadbiran Rumah Anak Yatim tersebut dan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir.

Datuk Sri Zul Hasnan telah bersama hadir menyerikan majlis ini.
Semoga Majlis mendapat Barakah dari Allah Yang Maha Pemurah.

Buat Muslimin dan Muslimat semua di ucapkan


MAAF ZAHIR DAN BATIN
Berhati-hati dijalan raya

Isnin, 31 Ogos 2009

Salam Ramadan Al Mubarak

Seperti biasa Bazar Juadah Ramadan di persimpangan jalan 1/56 dan 15/56 Au3 beroperasi setiap tahun bulan Ramadan. Kemeriahan Ramadan tahun ini dapat di rasai ketika membeli juadah di bazar ini.


Berbagai jenis juadah terdapat di sini, gambar-gambar ini dirakamkan sekitar jam 6.45 petang.
Bersama lah kita memberi sokongan kepada peniaga Bazar Ramadan ini.

Jawatankuasa Komuniti BESTARI AU3 mengucapkan selamat menjalankan ibadat berpuasa dan solat sunat Tarawih.




Ahad, 9 Ogos 2009

Gotong Royong Perdana Bersama Penduduk AU3 Kawasan A

Hari ini diawal pagi ajk KOMUNITI BESTARI telah bersama penduduk AU3 Kawasan A (Menara Rajawali, Cendrawasih, Merak Kayangan, Jentayu, Kelompok Tempua)bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran Au3 Kawasan A.
Pehak DBKL, PWR, Wanita UMNO Setiawangsa, Jab Penerangan WP, Alam flora, JASA, PKNS,TNB, JUSCO AEON juga bersama-sama menjayakan gotong royong tersebut. Gambar kanan Kak Ani (Ketua Wanita UMNO Setiawangsa) bersama-sama membersihkan kawasan.

Bahan pembunuh jentik-jentik juga diagihkan secara percuma oleh Unit Penyakit Bawaan Vektor DBKL

Gambar Pengerusi KOMUNITI BESTARI AU3 bersama-sama Tn Hj Hashim membersihkan sampah.
KOMUNITI BESTARI AU3 sedang membersihkan kawasan Menara Chendrawasih.

Isnin, 27 Julai 2009

KURSUS PEMBINAAN PASUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

KBAU3 akan menghantar 5 orang remaja menghadiri kursus yang di anjurkan oleh Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kursus akan berlangsung selama 4 hari bermula dari 3hb - 6hb Ogos 2009. Kursus akan di jalankan di APBM Port Dickson, Negeri Sembilan.

Remaja-remaja yang terpilih adalah MOHD ANAS, MOHD FAZRIL, NUR ADILAH, NUR FATIHAH DAN MOHD ASHRUL.

Mereka akan berkumpul di Pejabat Belia & Sukan, Jalan Kg Pandan pada 3hb Ogos dan bertolak ke Port Dickson pada pukul 1.00tengahari.

ASAM PEDAS IKAN KELI



Ajk KBAU3 bergotong royong memasak Asam Pedas Ikan Keli, hasil belaan Ajk sendiri, iaitu En Salleh. Rasanya sungguh sedap, sehingga menjilat jari.

Sabtu, 25 Julai 2009

EKSPLORASI

Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan sedang menawarkan peluang kepada remaja-remaja sekitar AU3 untuk turut serta dalam program mereka. Program Eksplorasi ini adalah kerjasama dengan Pelopor Adventure Team & Majalah Libur.

EKSPLORASI PENEROKAAN 5 GUA & AIR TERJUN JELAWANG
DABONG KELANTAN



Tarikh : 14 - 17 Ogos, 2009 (4 hari)

Bayaran : RM 250.00

Umur : 18 - 25 tahun

Berkumpul: Di Stesen KL Sentral

Remaja yang berminat untuk turut serta sila hubungi talian 012-3398508(Pn Mazura).
............

Sabtu, 18 Julai 2009

Keperihatinan


Komuniti Bestari AU3 sentiasa mencari dan membantu penduduk setempat yang kurang upaya dan memerlukan perhatian dan sumbangan. Oleh itu Puan Rahimah, yang cacat anggota kakinya semenjak kecil, tidak bekerja, serta tinggal seorang diri di Kelompok Kuang A, AU3 adalah 'priority' kepada KBAU3. Sekiranya ada yang ingin menyalurkan sumbangan terus kepada Puan Rahimah boleh menghubungi nya di talian : 013-3972234.

Jumaat, 17 Julai 2009














Ajk KBAU3 juga terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Tidak mengira pangkat, Sarjan Ashok dan Sarjan Verasengam begitu committed membantu dalam setiap aktiviti yang di jalankan.

Isnin, 13 Julai 2009

Komuniti BESTARI Bukit Kecil, Juru Bertandang

SELAMAT DATANG kepada Rombongan Komuniti BESTARI Bukit Kecil, Juru, Pulau Pinang kerana sudi melawat ke Anjung Bestari Au3.






Mereka telah sampai di Anjung pada jam 11.00 pagi 12 Julai 2009 dan disambut dengan Paluan Kompang dari Remaja Bestari Parlimen Setiawangsa dan Bunga Mangar.



Kumpulan Pencak Silat Mawar Sari telah mempersembahkan kehebatan skil pencak silat mereka dan Kumpulan Seni Tari Sekolah Kebangsaan AU Keramat telah menghiburkan Rombongan Ajk Komuniti BESTARI Bukit Kecil, Juru, Pulau Pinang. Penari Kumpulan Seni Tari SKAU Keramat ini terdiri daripada anak-anak ahli-ahli Komuniti BESTARI AU3.





Pengerusi Komuniti BESTARI AU3 En Mohd Bahgia telah memberi taklimat latarbelakang organasisi, pentadbiran, aktiviti keseluruhan Komuniti BESTARI AU3 kepada mereka.







Ajk Komuniti BESTARI Bukit Kecil, Juru, Pulau Pinang berangkat pulang ke Pulau Pinang selepas menikmati hidangan makanan tengahhari yang disediakan oleh Ajk Makanan Komuniti BESTARI AU3.

Senam Seni


Diawal pagi 12 Julai 2009 Ajk Komuniti BESTARI AU3 telah bersenam bersama kumpulan Senam Seni Komuniti BESTARI AU3 mengikut rentak lagu-lagu pelbagai ethnik Malaysia.

Kompilasi lagu dan keograf senam seni dari KEKKWA.




Selepas itu Ajk bersama-sama mengambil bahagian dalam sesi photografi bersama krew RTM.








Ahad, 12 Julai 2009

Petang Hari Pertama bersama krew RTM







Pada sebelah petang 11 Julai 2009 kami membawa pula krew RTM untuk singgah ke dapur En Abdullah Hassan, pengeluar bahulu tradisional.
Siapa berminat untuk membuat tempahan hubungi lah kami.

Pagi hari pertama bersama krew RTM

Semalam 11 Julai 2009 AJK Komuniti BESTARI Au3 telah membawa Krew RTM ke kolam ikan keli En.Salleh.


Kami telah di beri taklimat bagaimana kolam ikan ini di selenggarakan dan teknik 'breeding' anak ikan keli oleh En. Salleh.










Selepas itu kami telah diminta menyertai penduduk Kelompok Teratai bertahlil untuk ibunda En Salleh yang telah pulang kerahmatullah tiga bulan yang lalu di dewan Persatuan Penduduk Kelompok Teratai.














Sebelum makan tengah hari Ajk Komuniti BESTARI AU3 telah dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Kebudayan dari ahli komuniti BESTARI Au3






Khamis, 9 Julai 2009

Slot RTM

Pada 11 dan 12 Julai 2009 ini RTM akan merakamkan aktiviti-aktiviti Komuniti BESTARI Au3 menjurus kepada produk pembuatan bahulu dan pemeliharaan ikan keli, program senaman seni pagi bersama penduduk, gotong royong membersihkan kawasan dan penyediaan makan, persembahan Kebudayaan, Seni Silat, kompang dan perlawan fusal persahabatan.
Komuiti BESTARI Bukit Kecil, Pulau Pinang akan singgah melawat Anjung Bestari Au3 pada Ahad 12 Julai 2009 disebelah petang.
Mari kita raikan team RTM dan Komuniti BESTARI Bukit Kecil beramai-ramai.

Isnin, 6 Julai 2009

futsal

jemput beramai-ramai bermain futsal di anjung bestari kami. futsal adalah produk ke-2 kami. kami juga menerima tempahan untuk bermain futsal pada sebelah malam. sila hubungi kami.









Ahad, 5 Julai 2009

Lawatan Sosial Pelatih Jabatan Penerangan

Pada 26 Jun 2009 jam 3.00 petang Anjung BESTARI AU3 menerima kunjungan pegawai pelatih Jabatan Penerangan.
Komuniti BESTARI AU3 telah memberi taklimat tentang organisasi, pentadbiran, aktiviti, pencapaian dan program terkini Komuniti BESTARI AU3 kepada pegawai pelatih.

Di akhir lawatan pegawai pelatih telah sudi bersama-sama ahli jawatan kuasa Komuniti BESTARI AU3 bergambar bersama sebagai kenangan lawatan.