Ahad, 9 Ogos 2009

Gotong Royong Perdana Bersama Penduduk AU3 Kawasan A

Hari ini diawal pagi ajk KOMUNITI BESTARI telah bersama penduduk AU3 Kawasan A (Menara Rajawali, Cendrawasih, Merak Kayangan, Jentayu, Kelompok Tempua)bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran Au3 Kawasan A.
Pehak DBKL, PWR, Wanita UMNO Setiawangsa, Jab Penerangan WP, Alam flora, JASA, PKNS,TNB, JUSCO AEON juga bersama-sama menjayakan gotong royong tersebut. Gambar kanan Kak Ani (Ketua Wanita UMNO Setiawangsa) bersama-sama membersihkan kawasan.

Bahan pembunuh jentik-jentik juga diagihkan secara percuma oleh Unit Penyakit Bawaan Vektor DBKL

Gambar Pengerusi KOMUNITI BESTARI AU3 bersama-sama Tn Hj Hashim membersihkan sampah.
KOMUNITI BESTARI AU3 sedang membersihkan kawasan Menara Chendrawasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan