Memaparkan catatan dengan label maklumat komuniti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maklumat komuniti. Papar semua catatan

Khamis, 22 Oktober 2009

1Malaysia peringkat WPKL dan Sepakat Bestari


Untuk program 1 Malaysia peringkat WPKL dan Sepakat Bestari Parlimen Setiawangsa/Putrajaya,pada 10 & 11 October 2009 gambar-gambar ada di face book Komuniti Bestari Au Kuala Lumpur



Sila layari face book kami

Jumaat, 25 September 2009

Selamat Hari Raya

Sempena Bulan Ramadan ini pada 14 September 2009 Komuniti BESTARI AU3 telah menganjurkan program bersama Anak-Anak Yatim.
Anak-anak Yatim dari Rumah Anak Yatim Kg Sg.Manggis, Banting, Selangor telah di jemput untuk berbuka puasa di Anjung Bestari AU3.



Jemputan telah bersama-sama berbuka puasa di Anjung Bestari dan Solat Maghrib di Surau Al Muhajirin (bersebelahan Anjung Bestari).
Beberapa ahli Komuniti Bestari dan Syarikat Korporat telah menyampaikan sumbangan kepada pihak Pentadbiran Rumah Anak Yatim tersebut dan duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir.

Datuk Sri Zul Hasnan telah bersama hadir menyerikan majlis ini.
Semoga Majlis mendapat Barakah dari Allah Yang Maha Pemurah.

Buat Muslimin dan Muslimat semua di ucapkan


MAAF ZAHIR DAN BATIN
Berhati-hati dijalan raya

Isnin, 31 Ogos 2009

Salam Ramadan Al Mubarak

Seperti biasa Bazar Juadah Ramadan di persimpangan jalan 1/56 dan 15/56 Au3 beroperasi setiap tahun bulan Ramadan. Kemeriahan Ramadan tahun ini dapat di rasai ketika membeli juadah di bazar ini.


Berbagai jenis juadah terdapat di sini, gambar-gambar ini dirakamkan sekitar jam 6.45 petang.
Bersama lah kita memberi sokongan kepada peniaga Bazar Ramadan ini.

Jawatankuasa Komuniti BESTARI AU3 mengucapkan selamat menjalankan ibadat berpuasa dan solat sunat Tarawih.




Khamis, 9 Julai 2009

Slot RTM

Pada 11 dan 12 Julai 2009 ini RTM akan merakamkan aktiviti-aktiviti Komuniti BESTARI Au3 menjurus kepada produk pembuatan bahulu dan pemeliharaan ikan keli, program senaman seni pagi bersama penduduk, gotong royong membersihkan kawasan dan penyediaan makan, persembahan Kebudayaan, Seni Silat, kompang dan perlawan fusal persahabatan.
Komuiti BESTARI Bukit Kecil, Pulau Pinang akan singgah melawat Anjung Bestari Au3 pada Ahad 12 Julai 2009 disebelah petang.
Mari kita raikan team RTM dan Komuniti BESTARI Bukit Kecil beramai-ramai.

Ahad, 5 Julai 2009

Kejohanan Memanah Asia GrandPrix


Mulai 5 July 2009 hingga 12 July 2009 Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Memanah GrandPrix Asia siri ke 3 di Stadium Memanah Komplek Sukan MSN Taman Keramat, Setiawangsa.
Perserta yang menyertai pertandingan ini ialah perserta terbaik negara Asia terutamanya pemanah dari Korea Selatan , India, China, Taiwan dan Malaysia merupakan pemanah yang menduduki ranking terbaik dunia.

Dua hari pertama pertandingan ialah untuk menentukan kedudukan lawan di pusingan kalah mati nanti. Juara individu dan berpasukan akan ditentukan dalam pusingan ini.

Luangkan masa untuk menonton kejohanan ini ( percuma tiada bayaran dikenakan) terutamanya pada 4 hari terakhir dimana pemanah terbaik akan beraksi untuk menentukan juara peringkat individu dan berpasukan.

Kursus Haji Siri Akhir 1403H di Masjid Muaz Jabal

Pagi Sabtu lepas 4 July 2009 merupakan Kursus Haji siri Akhir di Masjid Muaz Jabal, Setiawangsa untuk tahun Hijrah 1403 (2009). Kursus yang di kendalikan oleh Ustaz Hj Abu Hassan Wahab dari 14 Mac 2009 setiap Sabtu dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi.


(Peserta memakai ihram)


Peserta telah diajar cara-cara mengerjakan ibadat Haji secara teori dan pratikal selama 17 minggu mengikut Modul yang disediakan.

Cara-cara untuk menangani cabaran dan kemungkinan, terutama permasalahaan wanita juga bincangkan. Memudahkan bakal Haji memahami konsep, amalan dan tujuan ibadat ini.


Untuk siri akhir ini peserta di beri latihan praktikal ibadat haji ( cara-cara haji tamattu', ifrad dan qiran) bermula dari rumah - Mekah -Madina -dan kembali semula ke rumah. Marilah kita berdoa untuk semua bakal Haji dapat mencapai Haji Mabrur, Insyallah.